;

Friday, August 21, 2009

Kem Solat

Tarikh: 20 Ogos 2009
Tempat: Surau al-Ihsan dan Dewan Baiduri
Peserta: Pelajar-pelajar Tingkatan 1A3, 1A4, 1A5, dan 1A6

Program Kem Solat bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1 merupakan program yang diadakan saban tahun oleh Panitia Pendidikan Islam SMK Seri Perak. Program ini dikhususkan kepada kepada pelajar-pelajar dari kelas sederhana hingga lemah, memandangkan banyak dalam kalangan mereka tidak dapat melakukan solat dengan sempurna.

Objektif utama program ini adalah memberi peneguhan kepada Amali Solat yang dilakukan oleh GPI, memandangkan jumlah pelajar yang banyak di dalam kelas menyukarkan tumpuan diberikan kepada setiap pelajar.
Melalui Kem Solat, peserta diagihkan kepada kumpulan-kumpulan kecil mengandungi 9-10 orang ahli dan dikendalikan oleh fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada guru-guru SMK Seri Perak sendiri. Justeru, tumpuan dapat diberikan kepada setiap peserta dengan lebih berkesan berbanding di dalam bilik darjah.

Fokus utama Kem Solat ialah Wudhuk dan Rukun Solat. Mengambil kira terdapat pelajar yang lemah atau tidak tahu membaca rumi, apa lagi bacaan-bacaan solat di dalam Bahasa Arab, tumpuan diberikan kepada Niat Solat, Surah Al-Fatihah dan Tahiyat Akhir di samping amali perlaksanaan Rukun-rukun Fi'li.

Tidak dapat dinafikan, belajar solat adalah satu proses... tidak mampu dicapai hanya dalam masa beberapa jam... tetapi sekurang-kurangnya peserta dapat memperbetulkan apa-apa yang kesalahan yang dilakukan di dalam solat sebelum ini... Ilmu itu milik Allah, dan Dia mengurniakannya kepada sesiapa sahaja yang berusaha mencarinya...

Allahumma Faqqihna Fid Diinn...
Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman tentang agama kami... Aamin.

Buat para peserta sekalian, biarpun sedikit ilmu yang diperolehi, tetapi jika diamalkan adalah lebih bermakna daripada mempunyai ilmu yang banyak tetapi tidak diamalkan!

No comments:

Post a Comment