;

Friday, August 21, 2009

Kem Solat

Tarikh: 20 Ogos 2009
Tempat: Surau al-Ihsan dan Dewan Baiduri
Peserta: Pelajar-pelajar Tingkatan 1A3, 1A4, 1A5, dan 1A6

Program Kem Solat bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1 merupakan program yang diadakan saban tahun oleh Panitia Pendidikan Islam SMK Seri Perak. Program ini dikhususkan kepada kepada pelajar-pelajar dari kelas sederhana hingga lemah, memandangkan banyak dalam kalangan mereka tidak dapat melakukan solat dengan sempurna.

Objektif utama program ini adalah memberi peneguhan kepada Amali Solat yang dilakukan oleh GPI, memandangkan jumlah pelajar yang banyak di dalam kelas menyukarkan tumpuan diberikan kepada setiap pelajar.
Melalui Kem Solat, peserta diagihkan kepada kumpulan-kumpulan kecil mengandungi 9-10 orang ahli dan dikendalikan oleh fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada guru-guru SMK Seri Perak sendiri. Justeru, tumpuan dapat diberikan kepada setiap peserta dengan lebih berkesan berbanding di dalam bilik darjah.

Fokus utama Kem Solat ialah Wudhuk dan Rukun Solat. Mengambil kira terdapat pelajar yang lemah atau tidak tahu membaca rumi, apa lagi bacaan-bacaan solat di dalam Bahasa Arab, tumpuan diberikan kepada Niat Solat, Surah Al-Fatihah dan Tahiyat Akhir di samping amali perlaksanaan Rukun-rukun Fi'li.

Tidak dapat dinafikan, belajar solat adalah satu proses... tidak mampu dicapai hanya dalam masa beberapa jam... tetapi sekurang-kurangnya peserta dapat memperbetulkan apa-apa yang kesalahan yang dilakukan di dalam solat sebelum ini... Ilmu itu milik Allah, dan Dia mengurniakannya kepada sesiapa sahaja yang berusaha mencarinya...

Allahumma Faqqihna Fid Diinn...
Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman tentang agama kami... Aamin.

Buat para peserta sekalian, biarpun sedikit ilmu yang diperolehi, tetapi jika diamalkan adalah lebih bermakna daripada mempunyai ilmu yang banyak tetapi tidak diamalkan!

Tuesday, August 18, 2009

Selamat Datang

Tengahari tadi, bertarikh 18/08/2009 lebih kurang jam 1 tgh, Ustazah Ruslina selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.2kg di sebuah pusat perubatan swasta. Cahaya matanya yang ketiga ini seperti yang sebelum ini juga dilahirkan melalui kaedah pembedahan Caesarean.
Alhamdulillah dan tahniah dari kami di ppismksp.
Selamat bercuti 2 bulan...

QIAMULLAIL CALON PMR

Tarikh: 14-15 Ogos 2009
Hari: Jumaat dan Sabtu
Tempat: SMK Seri Perak

Pada hari Jumaat hingga Sabtu lepas telah diadakan Program Qiamullail dan Motivasi bagi calon-calon PMR SMK Seri Perak yang diadakan di surau al-Ehsan dan Dewan Baiduri SMKSP.

Aturcara / pengisian program adalah seperti berikut:

Jumaat (14 Ogos 2009)
5.30 ptg -Pendaftaran
7.00 mlm -Makan malam
7.30 mlm -Solat Maghrib
-Kuliah Maghrib
-Solat Isyak
9.00 mlm -Ceramah Motivasi
11.30 mlm -Kudapan
-Rehat

Sabtu (15 Ogos 2009)
4.30 pagi -Qiamullail
-Solat Subuh
-Kuliah Subuh
7.30 pg -Sarapan
8.15 pg -Solat Sunat Dhuha
-Bersurai

Friday, August 7, 2009

FADHILAT BULAN SYAABAN

Daripada Usama bin Zaid ra, beliau berkata:

ولم يكن يصوم من الشهور ما يصوم من شعبان قلت ولم أرك تصوم من الشهور ما تصوم من شعبان؟
ذاك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين عز وجل فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم

"Rasulullah saw tidak pernah berpuasa sebanyak yang baginda puasa dibulan sya'ban." Aku bertanya kepada baginda " Kenapa aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dibulan-bulan yang lain sepertimana engkau berpuasa dibulan sya'ban." Baginda saw menjawab: Itulah bulan yang ramai manusia lalai iaitu diantara bulan rejab dan bulan ramadan. Ia juga bulan yang diangkatkan amalan kepada Allah swt. Aku suka diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa." (Hadis Ahmad dan Nasaie - sanad yang hasan)


Disini Nabi menyebut dua kelebihan bulan rejab:-

1. Bulan yang disunatkan beramal terutamanya puasa kerana bulan yang mana manusia biasa lalai dalam bulan ini.

2. Bulan yang diangkat amalan kepada Allah swt.

Adakah Nabi saw berpuasa penuh pada bulan sya'ban?

Ada hadis yang menunjukkan Nabi saw berpuasa penuh dalam bulan sya'ban sperti hadis:

كان يصوم شعبان كله

"Nabi saw berpuasa penuh didalam bulan sya'ban." (Hr Bukhari - sahih)

Ada hadis yang menunjukkan Nabi saw berpuasa sebahagian besar pada bulan sya'ban dan tidak penuh seperti hadis:
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصوم شعبان إلا قليلا
" Rasulullah saw telah berpuasa sebahagian besar dari bulan sya'ban." (Hr Nasaie)

Sekelompok ulama telah mentarjih pendapat yang mengatakan Nabi saw tidak berpuasa penuh dalam bulan sya'ban. Ini dikuatkan dengan hadis yang diriwayatkan dari 'Aisyah ra:

ما رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم استكمل صيام شهر قط إلا رمضان
"Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw berpuasa selama sebulan penuh melainkan pada bulan ramadan." (Hr Bukhari dan Muslim - sanad sahih)

Oleh itu Ibnu Abbas menganggap makruh orang yang berpuasa penuh selama sebulan melainkan ramadan.

Hukum berpuasa selepas 15 sya'ban

Haram berpuasa sunat selepas 15 sya'ban. Ini jelas dari hadis dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw.
إذا انتصف شعبان فلا تصوموا
"Apabila telah berlalu 15 sya'ban tidak boleh puasa." (Hr Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah - sahih)

Dibenarkan puasa selepas 15 sya'ban sekiranya adatnya pada hari tertentu dia berpuasa sebelum 16 sya'ban atau menyambung dari puasa yang seseorang puasa sebelum 16 sya'ban. Ini berdasarkan hadis berikut:
لا تقدموا رمضان بصوم يوم أو يومين إلا إذا كان يصوم صوما فليصمه
"Janganlah kamu mendahului berpuasa sebelum ramadan sehari atau dua hari melainkan sekiranya puasa yang biasa dilakukan maka dia boleh teruskan puasa." (Hr Bukhari dan Muslim)

Dibenarkan puasa selepas 15 sya'ban sekiranya puasa wajib seperti puasa ganti dan puasa nazar.

Kelebihan hari dan malam nisfu (15) sya'ban

Nabi saw bersabda:

إن الله ليطلع ليلة النصف من شعبان فيغفر لجميع خلقه إلا لمشرك أو مشاحن
"Sesungguhnya Allah taala akan meninjau pada malam nisfu sya'ban, lalu mengampunkan dosa-dosa semua makhluknya melainkan orang yang musyrik atau orang yang berbalah." (Hr Ibnu Majah - hasan)

Ulama Syam telah berselisih pendapat terhadap cara menghidupkan malam nisfu sya'ban kepada dua pendapat:

1. Sunat menghidupkan malamnya dengan cara berhimpun beramai-ramai di masjid. Pendapat ini disokong oleh Ishak bin Rahawiyah.

2. Sunat menghidupkan malamnya dengan ibadah bersendirian. Ini pendapat imam Auzaie seorang tokoh besar ulama syam. Ini juga pendapat yg lebih tepat menurut Ibnu Rajab al-Hambali.

Imam Ibnu Taymiah juga berkata:

"Apabila seseorang solat seorang diri dimalam nisfu sya'ban atau berjemaah seperti mana yang dilakukan oleh kelompok2 salafus soleh adalah perkara yang baik." (Majmu'ul Fatawa 131/23)

kesimpulan: oleh itu digalakkan menghidupkan malamnya dengan ibadah dan siangnya dengan puasa.

Rujukan: Lataiful Maarif oleh Ibnu Rajab, Mu'tamad oleh Dr Muhammad Zuhaily dan Lailatun Nisfis Sya'ban oleh Syeikh Zaki Ibrahim.

Dari : http://akhisalman.blogspot.com/

GAMBAR KEM BINA INSAN

Thursday, August 6, 2009

ADAB TERHADAP IBU BAPA

KONSEP KEIBUBAPAAN
- Kasih sayang merupakan tunggak kepada ketenangan hidup dalam keluarga
- Ibu bapa ialah org yang paling rapat dgn anak-anak dan merupakan org bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak hingga dewasa
- Pengorbanan ibubapa amat besar. Anak wajib taat kepada ibubapa
- Dalil al-Quran;
Maksudnya:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

Kalau kita berbakti kepada ibu bapa Allah ;
-Akan beri ganjaran pahala dan ampunkan dosa.
-Suka dan reda kepada orang yg berbakti kepada ibu bapa


Kita juga wajib berbakti kepada ibu bapa kerana;
- Amalan ini tuntutan agama
- Untuk kita membals jasa ibu bapa kita
- Supaya anak kita akan berbakti kepada kita pula
- Menjamin keutuhan sistem kekeluargaan
Sebab-sebab wajib berbakti kepada kedua ibu bapa:

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA
-Taat perintah mereka selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak
-Berdoa dan memohon ampun untuk mereka
-Merendah diri dan menghormati mereka
-Berbakti kepada mereka pada bila-bila masa
-Berbuat baik kepada rakan mereka

ADAB TERHADAP IBU BAPA
-Bercakap dgn hormat dan sopan santun
-Merendahkan suara dihadapan mereka
-Menumpukan perhatian ketika mereka bercakap
-Menunjukkan muka yang manis ketika berkomunikasi
-Menggunakan bahasa yang baik ketika bercakap
-Berdiri untuk memberi hormat kpd mereka
-Memberi hormat semasa bertemu dgn mereka
-Mencium tangan mereka sebelum ke sekolah dan sebelum tidur
-Jangan mendahului mereka ketika menjamah makanan
-Jangan melunjurkan kaki ke arah mereka ketika duduk

CARA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
-Menjaga mereka semasa tua dan sakit
-Memberi nafkah kepada mereka
-Selalu menziarahi mereka sekira tidak tinggal bersama-sama
-Mendoakan kesejahteraan mereka
-Mendoakan keampunan untuk mereka
-Membayar hutang mereka sekiranya ada
-Melaksanakan wasiat mereka
-Berbuat baik kepada sahabat mereka

KESAN BERBAKTI KEPADA IBU BAPA;
-Mendapat keberkatan hidup
-Disayangi keluarga
-Mendapat ganjaran pahala
-Ikatan keluarga bertambah kukuh
-Mendapat balasan syurga di akhirat

AKIBAT DERHAKA KEPADA IBU BAPA
-Runtuh institusi kekeluargaan
-Kehidupan tidak diberkati Allah
-Mengancam keharmonian masyarakat
-Dikenakan azab neraka di akhirat

Wednesday, August 5, 2009

SELAMAT DATANG...

Ahlan wasahlan...
Selamat datang ke blog panitia pendidikan islam smk seri perak

Sebahagian penggerak panitia