;

Monday, July 19, 2010

KEM IMTIYAZ PENDIDIKAN ISLAM PMR/SPM 2010

Tarikh: 16-18 Julai 2010
Tempat: Kuala Gula Sanctuary Resort, Kuala Kurau, Perak

Sasaran : Pelajar near-miss cemerlang PMR dan pelajar cemerlang SPM

Matlamat: 1) Meningkatkan bilangan pelajar mendapat A dalam Pendidikan Islam PMR 2010
2) Meningkatkan jumlah pelajar mendapat A+ dalam Pendidikan Islam SPM 2010

Objektif: 1) Calon lebih bermotivasi
2) Calon menguasai teknik menjawab soalan yang betul
3) Calon dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan sebenar

Saturday, January 23, 2010

KETUA PANITIA BARU

Tahun 2010 menyaksikan beberapa rombakan telah dilakukan oleh pihak pentadbir dengan perlantikan beberapa muka baru di dalam beberapa jawatan berkaitan kurikulum dan juga ko-kurikulum.
Panitia Pendidikan Islam turut terlibat dalam perubahan tersebut dengan perlantika Ketua Panitia yang baru iaitu Tuan Haji Ahmad bin Yaakob menggantikan Hajah Raihan bt. Omar. Perlantikan ini adalah selari dengan perlantikan Ustaz Ahmad sebagai Guru Cemerlang Pendidikan Islam. Jawatan ini sebenarnya telah dipegang oleh Ustaz Ahmad selama 5tahun sebelum beliau dilantik ke jawatan Ketua Guru Disiplin pada tahun 2003. Kami di Panitia Pendidikan Islam mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Ustaz Ahmad.

Saturday, October 24, 2009

QIAMULLAIL CALON SPM

TARIKH: 23-24 OKTOBER 2009
TEMPAT: SURAU AL-IHSAN DAN DEWAN BAIDURI SMKSP

Friday, August 21, 2009

Kem Solat

Tarikh: 20 Ogos 2009
Tempat: Surau al-Ihsan dan Dewan Baiduri
Peserta: Pelajar-pelajar Tingkatan 1A3, 1A4, 1A5, dan 1A6

Program Kem Solat bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1 merupakan program yang diadakan saban tahun oleh Panitia Pendidikan Islam SMK Seri Perak. Program ini dikhususkan kepada kepada pelajar-pelajar dari kelas sederhana hingga lemah, memandangkan banyak dalam kalangan mereka tidak dapat melakukan solat dengan sempurna.

Objektif utama program ini adalah memberi peneguhan kepada Amali Solat yang dilakukan oleh GPI, memandangkan jumlah pelajar yang banyak di dalam kelas menyukarkan tumpuan diberikan kepada setiap pelajar.
Melalui Kem Solat, peserta diagihkan kepada kumpulan-kumpulan kecil mengandungi 9-10 orang ahli dan dikendalikan oleh fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada guru-guru SMK Seri Perak sendiri. Justeru, tumpuan dapat diberikan kepada setiap peserta dengan lebih berkesan berbanding di dalam bilik darjah.

Fokus utama Kem Solat ialah Wudhuk dan Rukun Solat. Mengambil kira terdapat pelajar yang lemah atau tidak tahu membaca rumi, apa lagi bacaan-bacaan solat di dalam Bahasa Arab, tumpuan diberikan kepada Niat Solat, Surah Al-Fatihah dan Tahiyat Akhir di samping amali perlaksanaan Rukun-rukun Fi'li.

Tidak dapat dinafikan, belajar solat adalah satu proses... tidak mampu dicapai hanya dalam masa beberapa jam... tetapi sekurang-kurangnya peserta dapat memperbetulkan apa-apa yang kesalahan yang dilakukan di dalam solat sebelum ini... Ilmu itu milik Allah, dan Dia mengurniakannya kepada sesiapa sahaja yang berusaha mencarinya...

Allahumma Faqqihna Fid Diinn...
Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman tentang agama kami... Aamin.

Buat para peserta sekalian, biarpun sedikit ilmu yang diperolehi, tetapi jika diamalkan adalah lebih bermakna daripada mempunyai ilmu yang banyak tetapi tidak diamalkan!

Tuesday, August 18, 2009

Selamat Datang

Tengahari tadi, bertarikh 18/08/2009 lebih kurang jam 1 tgh, Ustazah Ruslina selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.2kg di sebuah pusat perubatan swasta. Cahaya matanya yang ketiga ini seperti yang sebelum ini juga dilahirkan melalui kaedah pembedahan Caesarean.
Alhamdulillah dan tahniah dari kami di ppismksp.
Selamat bercuti 2 bulan...

QIAMULLAIL CALON PMR

Tarikh: 14-15 Ogos 2009
Hari: Jumaat dan Sabtu
Tempat: SMK Seri Perak

Pada hari Jumaat hingga Sabtu lepas telah diadakan Program Qiamullail dan Motivasi bagi calon-calon PMR SMK Seri Perak yang diadakan di surau al-Ehsan dan Dewan Baiduri SMKSP.

Aturcara / pengisian program adalah seperti berikut:

Jumaat (14 Ogos 2009)
5.30 ptg -Pendaftaran
7.00 mlm -Makan malam
7.30 mlm -Solat Maghrib
-Kuliah Maghrib
-Solat Isyak
9.00 mlm -Ceramah Motivasi
11.30 mlm -Kudapan
-Rehat

Sabtu (15 Ogos 2009)
4.30 pagi -Qiamullail
-Solat Subuh
-Kuliah Subuh
7.30 pg -Sarapan
8.15 pg -Solat Sunat Dhuha
-Bersurai